Rico Yen Sie Kang
Rico Yen Sie Kang
Bachelor of Science (Hons) in Architecture
Nama saya Rico Yen Sie Kang dan saya ialah seorang pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran dalam program Bachelor of Architecture (Honours) di Taylor's University Lakeside Campus. Pendapat saya dalam modul Tamadun Islam dan Tamadun Asia ialah memahami hubungan antara pelbagai Tamadun dalam perkara yang berbeza.
​
Seterusnya, saya berasa bersyukur kerana mempunyai peluang untuk melanjutkan pelajaran tentang topik hubungan Tamadun-tamadun yang berbeza dalam sejarah. Saya mampu memikir pelbagai perkara tentang hubungan Tamadun-tamadun yang berbeza melalui modul ini untuk mendapat pelbagai idea dalam topik perbezaan Tamadun. Selain itu, melalui tema Tamadun ini, negara kita Malaysia juga boleh menjadi lebih baik dan lebih maju kerana modul ini boleh mempromosikan pelbagai pengalaman dan ikhtibar serta nilai-nilai murni yang baik kepada rakyat.
Kesimpulannya, melalui tema tersebut iaitu hubungan antara pelbagai tamadun dalam perkara yang berbeza, saya telah mempelajari kepentingan bekerjasama. Contohnya, pasukan memberi Kerjasama semasa menyelesaikan kursus ini. Selain daripada bekerjasama, saya juga telah mempelajari kepentingan bertanggungjawab dalam pasukan. Misalnya, pasukan bertanggungjawab menyelesaikan projek-projek yang telah dibahagikan. Akhir sekali, topik ini telah memberi peluang kepada kita tentang pengertian yang lebih mendalam dalam perkara sejarah dalam tanah air kita. Topik ini boleh membantu negara kita menjadi lebih harmoni antara kaum dan menjadi lebih maju jika topik ini diterapkan kepada setiap rakyat.