MASJID JAMEK
Masjid Jamek Sultan Abdul Samad ialah bangunan yang dibuka dengan rasminya oleh Sultan Alauddin Sulaiman pada 23 Disember 1909, dan terletak di pertemuan Sungai Klang dan Sungai Gombak di Jalan Tun Perak, Kuala Lumpur. Masjid yang tertua ini asalnya dibina oleh seorang pemangku arkitek Kuala Lumpur dan orang British, Arthur Benison Hubback pada tahun 23 Mac 1908. Dia juga bertanggungjawab membina Stesen Keretapi KL dan Bangunan Sultan Abdul Samad. Masjid Jamek merupakan masjid utama yang memudahkan kakitangan kerajaan beragama islam mengerjakan solat Jumaat sehingga pembinaan Masjid Negara pada tahun 1967. Sepanjang tahun, masjid ini telah mengalami pengubahsuaian dengan membesarkan ruang dan memperbaiki kubah runtuh akibat hujan lebat dan kosnya telah dibiayai oleh kerajaan dan sumbangan orang ramai Malaysia.
Arthur Benison Hubback
(1871-1948)
Sultan Alauddin Sulaiman (1898-1938)
Reka bentuk Masjid Jamek adalah diilhamkan dan dipengaruhi dari seni bina India Selatan atau Moghul dengan dewan solat terbuka ke arah laman tertutup atau "sahn". Pentadbiran British adalah pihak yang pertama memperkenalkan kubah dalam bangunan di Malaysia berdasarkan sumber inspirasi mereka iaitu bangunan Moghul di India. Salah satu reka bentuk masjid yang ketara ialah dua menara utama di antara pelbagai menara yang lebih kecil. Corak belang merah dan putih menara tersebut itu terbentuk daripada bata dan plaster, dan serupa dengan Masjid Jamek di Cordoba, Sepanyol. Selain itu, masjid ini juga mempunyai ruang solat untuk aktiviti agama islam yang terletak di bawah tiga kubah besar dengan ketinggian diukur dalam 21.3 meter. Oleh itu, dari aspek seni bina, Masjid Jamek sangat istimewa kerana bangunan ini dapat mempunyai pencampuran tamadun India dan tamadun Islam.