PENGENALAN
Bagi menyingkap tirai dahulu, seni bina pencampuran di tamadun-tamadun merupakan sebuah topik yang telah mengadakan beberapa peristiwa yang sangat mustahak sehingga hari ini kerana ia telah membentuk masyarakat kita. Oleh itu, kita harus berbangga untuk mempunyai tamadun yang hebat dan juga mengetahui bagaimana ia terbentuk dan bagaimana ia telah berkembang sepanjang bertahun-tahun di Malaysia. Dalam setiap tamadun terdapat banyak ilmu yang dapat diperolehi daripada nenek moyang kita seperti tradisi, akhlak dan budaya, setiap tamadun tanpa daripada era yang berbeza mempunyai ilmu sepenuhnya yang dapat diwariskan daripada satu generasi kepada generasi yang akan datang kerana tanpa ilmu daripada tamadun kita tidak dapat terlebih dahulu dari aspek pembinaan iaitu Seni Bina yang terdapat dalam setiap tamadun yang merupakan sebuah simbol dari segi keistimewaan dan juga peristiwa yang berlaku dalam proses pembinaan yang dapat dilihat sehingga hari ini dengan pembinaan baharu terdapatnya beberapa unsur-unsur, idea dan kreativiti yang terdapat dalam pembinaan sekarang. Supaya generasi muda tidak akan melupakan impak yang besar yang terdiri daripada bantuan dan idea nenek moyang yang terdahulu.